Sri Pahang Bakal Tempuhi Dua Ujian Besar
Liga Super
Sri Pahang FC
Advertisements

Dengan beberapa pasukan Liga Super sudah mengatur perlawanan persahabatan sebagai perlawanan pemanas badan, Sri Pahang FC juga dilaporkan akan berbuat demikian.

Jurulatih Tok Gajah, Fandi Ahmad sebelum ini mendedahkan dua perlawanan persahabatan akan diatur semasa kalendar antarabangsa FIFA. Bagaimanapun, pengurusan Sri Pahang masih tidak mendedahkan identiti dua lawan berkenaan.

Aturan dua perlawanan persahabatan ini dilihat akan membantu Tok Gajah mengekalkan momentum mereka dalam Liga Super dan Piala Malaysia. Ketika ini, mereka menduduki tangga kelima dengan 40 mata daripada 20 perlawanan.

Advertisements

Begitupun, jika dibandingkan lawan-lawan mereka dalam kedudukan lima teratas, Sri Pahang masih memiliki kelebihan dua perlawanan. Sekiranya Tok Gajah menang dua perlawanan tertunda berkenaan, mereka boleh mengejar Selangor FC yang menduduki tangga kedua liga.

Selain itu, ini juga akan memberi keyakinan kepada Sri Pahang bila turun menentang finalis Piala FA 2023, KL City FC dalam aksi suku akhir Piala Malaysia pada 15 dan 23 September ini.

Advertisements

Di samping itu, ini dapat membantu pemain-pemain Sri Pahang yang baru pulih dari kecederaan mendapat minit perlawanan yang diperlukan.

Antara pemain yang dijangka mendapat manfaat daripada dua perlawanan tersebut ialah penyerang Brazil, Lucas Silva. Ekoran masalah kecederaan yang dialaminya musim ini, beliau hanya dapat membuat enam penampilan dalam Liga Malaysia (Liga M).

Advertisements

Silva kembali dalam kesebelasan utama apabila membantu Sri Pahang membelasah Kelantan United FC di Kota Bharu pada 27 Ogos lalu. Biarpun tidak menjaringkan gol, beliau mencipta satu bantuan gol yang disempurnakan penjaring terbanyak Tok Gajah, Kpah Sherman.

Dengan sentuhannya sedikit berkarat, dua perlawanan ini dilihat mampu memberi keyakinan kepada beliau untuk kembali menjaringkan gol. Musim lepas menyaksikan Silva menyumbat 11 gol untuk Sri Pahang.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram