Sri Pahang Ikat Fadhli Shas Dua Tahun
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pemain pertahanan berpengalaman, Fadhli Shas sah menyertai Sri Pahang bagi musim baru Liga Malaysia.

Kelab berkenaan mengumumkan pemain berusia 31 tahun itu telah diikat selama dua tahun menyaksikannya akan kekal di Darul Makmur sehingga penghujung 2024.

“Pernah menyarung jersi skuad muda dan senior kebangsaan, Fadhli Shas membawa bersamanya pengalaman luas baik di pentas domestik mahupun antarabangsa.

Advertisements

“Beliau telah bersama JDT selama lapan musim sebelum dipinjamkan ke Melaka United tahun ini. Pengalaman Fadhli pastinya menjadi satu suntikan terbaik untuk posisi pertahanan. Selamat datang Fadhli ke Darulmakmur!”, menurut kenyataan Sri Pahang.

Sebagai rekod, Fadhli telah mewarnai kancah bolasepak tempatan sejak 2008 bersama Harimau Muda dan menyertai JDT pada 2014. Meskipun kehilangan tempatnya dalam skuad utama sehingga terpaksa bermain dengan JDT II, Fadhli tetap boleh dianggap antara pertahanan terbaik yang ada dalam negara.

Advertisements

Kehadirannya juga dilihat dapat memantapkan semula benteng pertahanan Sri Pahang yang boleh dikatakan antara posisi paling kritikal buat skuad kendalian Dollah Salleh itu dalam dua musim yang terakhir ini.

Menariknya perpindahan ke Sri Pahang menyaksikan Fadhli bakal bergandingan semula dengan Muslim Ahmad di mana kedua-dua mereka adalah antara tonggak yang membantu skuad negara memenangi Piala AFF 2010 dan pingat emas Sukan SEA 2011.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram