St Louis City Juarai MLS NEXT Pro Western Conference
Dunia
St Louis City
Advertisements

Pemain tengah Amerika-Malaysia, Wan Kuzain Wan Kamal dinobatkan selaku juara MLS NEXT Pro Western Conference bersama St Louis City baru-baru ini.

Beliau yang kini beraksi bersama pasukan tersebut sejak awal musim memainkan peranan yang cukup penting sepanjang musim sungguhpun hanya masuk sebagai pemain gantian pada perlawanan tersebut.

Bintang berusia 24 tahun ini menjadi tulang belakang pasukan selepas beraksi dalam  25 perlawanan secara keseluruhannya musim ini.

Advertisements

Statistik yang dicatat oleh pemain ini juga amat memberangsangkan apabila beliau berjaya menjaringkan 5 gol dan mencetak 5 bantuan gol.

Pada perlawanan tersebut, St Louis menewaskan Tacoma Defiance 2-1 dalam aksi MLS NEXT Pro Western Conference di Stadium Ralph Korte.

Gol pasukan hadir menerusi Tomáš Ostrák yang melepaskan satu rembatan cantik pada minit ke-31 sebelum Josh Dolling meletakkan kedudukan selesa buat pasukan pada minit ke-59.

Advertisements

Tacome memperoleh gol saguhati menerusi sepakan penalti Abdoulaye Cissoko pada minit ke-75 namun gagal menyekat kemaraan St Louis.

Kemenangan ini juga membawa mereka untuk akhirnya menentang satu lagi jaguh, Columbus Crew 2 yang menjadi juara pada bahagian Eastern Conference Finals.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram