Kedah Darul Aman bakal memiliki stadium baru serba canggih bernilai RM70 juta seperti yang dikongsikan pihak KDA FC di prospektus kelab utara berkenaan.
Perancangan pembinaan stadium baru buat pasukan Kedah bukanlah perkara baru malah usaha pembinaan stadium baru telahpun dilakukan oleh bekas Menteri Besar Kedah, Ahmad Bashah Md Hanipah pada tahun 2017.

Kini di bawah kepimpinan Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar sebagi penaung kelab, KDA FC dijangka tidak menghadapi masalah besar untuk merialisasikan impian tersebut dengan bantuan pihak berkuasa, penaja dan jaringan persahabatan bahagian pengurusan KDA FC.

Menurut prospektus terbaru KDA FC, stadium baru bakal dilengkapi kelengkapan canggih sama seperti stadium-stadium moden yang lain.
Selain pembinaan stadium baru, KDA FC turut akan membina pusat latihan bernilai RM20 juta yang dilengkapi dengan pusat rawatan, bahagian pekerja pakar dan bilik persalinan.

Walaubagaimanapun, masih belum ada sebarang maklumat tambahan samada stadium baru bakal dibina di kawasan lain atau ianya termasuk sebagai projek naik taraf stadium sedia ada iaitu Stadium Darul Aman di Alor Setar.