Padang berkualiti tinggi dan fasiliti kelas dunia merupakan dua aspek utama dititikberatkan pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Kini Stadium Larkin yang merupakan stadium pertama JDT sedang giat menjalani proses membaik pulih.
Stadium ini yang mula dibina pada tahun 1964 mampu menampung kapasiti 15,000 orang sebelum diubahsuai pada tahun 1991 menjadi kapasiti 30,000 orang penonton sehingga sekarang.
Banyak kenangan dan sejarah yang berlaku dan masih terpahat di minda penyokong-penyokong setia JDT tentang Stadium Larkin ini.
Umum diketahui, selain dua elemen utama yang dititikberatkan oleh TMJ, baginda juga mengutamakan keselesaan di stadium buat penyokong. Kenyatan ini telah dikongsi di laman sosial Facebook milik Harimau Selatan semalam.
Dalam pada itu, kemelut kelab-kelab bolasepak lain yang masih mempunyai masalah menguruskan stadium bolasepak sendiri, JDT bersyukur memiliki 2 stadium utama bolasepak yang bertaraf tinggi serta kualiti padang yang terbaik.
Untuk rekod, Stadium Larkin ini pernah menyaksikan sejarah pasukan JDT yang belum pernah tewas dalam perlawanan Piala AFC di stadium ini sejak tahun 2015.