Eropah
Mainz 05
Advertisements

Aksi Bundesliga antara Mainz 05 dan Union Berlin terpaksa ditangguhkan ekoran dilanda salji lebat dan suhu di bawah paras sifar sehinggakan Stadium MEWA Arena membeku.

Kawasan luar stadium dan padang bola sepak itu telah dilimpahi salji malah suhu di Mainz telah mencecah sehingga -8°C menyebabkan terbentuknya ais di kawasan tempat duduk penyokong.

mainz05 Stadium Membeku Paksa Aksi Mainz Lawan Union Berlin Ditangguhkan
@Mainz05en

Perkara tersebut dapat membahayakan perjalanan penyokong ke stadium serta keselamatan para penyokong yang hadir sekali gus memaksa Persatuan Bola Sepak Jerman menangguhkan perlawanan tersebut.

Advertisements

Malah kelab Union Berlin juga memuat naik gambar bas pasukan tersebut ditenggelami salji ekoran musim sejuk yang melanda bandar Berlin.

Cuaca salji ekstrem itu juga menyebabkan beberapa kawasan bandar di Jerman terutamanya kawasan selatan terpaksa menangguhkan perkhidmatan penerbangan kapal terbang dan perjalanan kereta api.

Perlawanan Mainz 05 menentang Union Berlin yang sepatutnya berlangsung pada hari Jumaat ini bakal dipinda ke tarikh baharu.

Advertisements

Mainz 05 meneruskan saingan Bundesliga tanpa kelibat pemain sayap utama, Lee Jae-sung yang kini bersama pasukan Korea Selatan di Piala Asia Qatar. Pemain tersebut merekodkan dua jaringan buat Mainz dalam saingan Bundesliga.

Mainz 05 ketika ini berada ditangga ke-16 liga dengan mengumpul 11 mata setelah mengharungi 17 perlawanan manakala Union Berlin berada ditangga ke-15 dengan 14 mata setelah melalui 16 perlawanan.

Kedua-dua pasukan tersebut kini dalam misi mendaki keluar daripada kedudukan bawah liga bagi mengelakkan pasukan tersingkir daripada liga utama Jerman.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram