Dunia
Berita Harian
Advertisements

Selepas berteka-teki mengenai stadium yang bakal digunakan untuk kejohanan Piala Mitsubishi Electric AFF Disember depan, hari ini, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) kekal menjadi venue buat Harimau Malaya.

Skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon bakal menghadapi kempen Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 bermula 20 Disember 2022 depan dengan dua perlawanan persahabatan antarabangsa tier 1 telah disahkan sebagai persediaan menghadapi kejohanan bola sepak terbesar Asia Tenggara itu.

Perlawanan Antarabangsa Tier 1 bertemu Kemboja yang bakal diadakan pada 9 Disember 2022 turut dilangsungkan Stadium Nasional Bukit Jalil. Namun begitu, satu lagi Perlawanan Antarabangsa Tier 1 bertemu Maldives pada 14 Disember 2022 akan diadakan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.

Advertisements
harimau malaya schedule Stadium Nasional Bukit Jalil Sah Jadi Rumah Harimau Malaya Untuk Piala Mitsubishi Electric AFF
Jadual penuh perlawanan-perlawanan Harimau Malaya. Kredit FAM.

“FAM ingin mengucapkan terima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan, YB Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu atas keprihatinan dan persetujuan daripada pihak beliau untuk membenarkan penggunaan Stadium Nasional sebagai ‘Home of Harimau Malaya’ bagi kempen Piala Mitsubishi Electric AFF 2022.

“Kami sedia maklum mengenai keadaan padang di Stadium Nasional dan akan mengambil langkah bersama dengan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) dalam usaha memastikan kualiti padang berada pada tahap memuaskan pada perlawanan-perlawanan yang telah dijadualkan itu nanti,” jelas Noor Azman Hj Rahman, Setiausaha Agung FAM.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram