Stadium Sultan Ibrahim Bakal Guna Padang Hybrid, Ganti Zeon Zoysia
MakanBola
Johor Southern Tigers

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) turun padang untuk melihat proses pada hybrid pertama di Malaysia iaitu Stadium Larkin.

Baginda difahamkan turun untuk memeriksa kerja-kerja pemasangan padang jenis hybrid yang baharu dipasang di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos.

Ad

DYAM TMJ dalam satu kenyataan pernah memberitahu bahawa JDT memasang padang ini tanpa sebarang kos sambil melihat keupayaan dan kesesuaian rumput jenis ini untuk digunakan pada fasiliti lain milik JDT.

Ad

Padang hybrid ini juga bakal menjadi satu-satunya padang seumpamanya dalam bola sepak Malaysia.

Kualiti tahap tinggi yang dimiliki oleh padang hybrid merupakan teknologi moden yang pada masa ini digunakan di Eropah.

Ad

Antara kelab besar di Eropah yang menggunakan rumput jenis ini ialah di Camp Nou, Old Trafford dan juga Anfield.

Ad

Padang Hybrid di Larkin merupakan campuran rumput tiruan dan empat jenis benih rumput yang diberi nama ‘JDT Blend’.

“Selepas melakukan analisis terperinci terhadap hasilnya, rumput tersebut akan dipasang di kesemua kemudahan fasiliti JDT yang lain, termasuk Stadium Sultan Ibrahim,” ujar laman Johor Southern Tigers.