Stadium Sultan Ibrahim Beri Atmosfera Sekelas Gelanggang Antarabangsa
Liga Super
Johor Southern Tigers
Advertisements

Aksi di Stadium Sultan Ibrahim, gelanggang keramat pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) memberikan pengalaman setaraf antarbangsa kepada pemain bola sepak profesional di Malaysia.

Perkara ini dikongsikan oleh bekas tonggak muda negara, Suni Chandran mengenai kehebatan aura yang dirasai oleh pemain apabila berkunjung ke Johor Bharu.

Beliau yang memiliki pengalaman beraksi bersama beberapa pasukan di Liga Malaysia seperti PJ City dan juga Perak FC mengakui bahawa Stadium Sultan Ibrahim merupakan gelanggang lawan terbaik yang pernah dirasainya.

Advertisements

“Sudah tentu bagi saya Stadium Sultan Ibrahim, gelanggang pasukan Johor Darul Ta’zim. Pergi di sana macam main di luar negara. Atmosfera dia luar biasa.”

“Berdasarkan pengalaman beraksi di tempat lawan, saya merasakan stadium Johor memberikan pengalaman terbaik,” ujarnya kepada Astro Malaysia.

Sebelum ini, Stadium Sultan Ibrahim telah menerima pujian daripada pertahanan kebangsaan Jerman dan Borussia Dortmund, Mats Hummels mengenai fasiliti berkelas dunia yang dimiliki oleh JDT.

Advertisements

Selain itu, Stadium Sultan Ibrahim merupakan antara stadium terbaik di Asia dengan kapasiti mencecah 35,000 orang ini telah membuka mata dunia terhadap jenama JDT yang semakin berkembang maju.

Antara pencapaian hebat JDT dan Stadium Sultan Ibrahim adalah apabila dijemput untuk menjadi wakil Malaysia pertama ke Persatuan Pengurusan Venue (Asia dan Pasifik) yang berlangsung di Australia.

Sebagai rekod, Persatuan Pengurusan Venue (VMA) merupakan sebuah badan untuk venue industri profesional di Australia, New Zealand dan Asia dengan lebih 900 keahlian selain mewakili lebih 300 venue utama dari pelbagai sektor termasuk venue sukan dan bukan sukan.

Advertisements

Stadium Sultan Ibrahim pernah mengharumkan industrai bola sepak Malaysia apabila muncul selaku ‘World Stadium of the Year’ pada tahun 2020.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram