Dunia
Urus Setia Penerangan Dan Komunikasi Kerajaan Negeri Kelantan
Advertisements

Stadium ikonik negeri Kelantan, Stadium Sultan Muhammad IV kini menjangkau fasa akhir proses baik pulih dan bakal dibuka kembali Ogos ini buat pasukan Kelantan FC dan Kelantan United FC kembali beraksi di ‘home ground’.

Sebelum ini Stadium Sultan Muhammad IV (SSMIV) mengalami beberapa kerosakan melibatkan lampu limpah dan persekitaran stadium, kini ia bakal hadir dengan wajah baru.

stadium sultan muhammad iv padang Stadium Sultan Muhammad IV 'Cantik Molek'
Urus Setia Penerangan Dan Komunikasi Kerajaan Negeri Kelantan

Menerusi kemas kini terbaru Urus Setia Penerangan Dan Komunikasi Kerajaan Negeri Kelantan di Facebook, Proses naik taraf yang bermula September tahun lalu menelan belanja RM5.5 juta secara keseluruhan dan dijangka siap sepenuhnya pada 24 Ogos 2022.

Advertisements

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan, YB Wan Roslan Wan Hamat berkata, kerja-kerja naik taraf stadium tersebut merangkumi pemasangan lampu limpah baharu yang mematuhi standard Malaysian Football League (MFL), baik pulih bilik persalinan pemain dan tandas awam untuk penonton serta pemasangan blok laluan di pintu masuk astaka stadium.

Urus Setia Penerangan Dan Komunikasi Kerajaan Negeri Kelantan

“Kos bagi penukaran empat unit lampu limpah sahaja telah mencecah RM3.4 juta dan ia perlu ditukar segera kerana usianya telah hampir setengah abad,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, semalam.

Tambahnya, selain peruntukan RM5 juta yang disalurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dan RM400 ribu peruntukan di bawah Program Strategik Pemerkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) tahun 2021, Kerajaan Negeri melalui portfolionya juga telah meluluskan RM100,000 lagi untuk menyempurnakan kerja-kerja naik taraf tempat duduk penonton di astaka supaya dapat menampung 1,600 penonton berbanding 1,200 penonton sahaja sebelum ini.

Advertisements

Stadium Sultan Muhammad IV (SSMIV) mampu memuatkan lebih 22,000 penonton dan merupakan stadium utama buat pasukan Kelantan FC dan Kelantan United.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram