Stanley Bernard Dedikasikan Kemenangan Bermakna Buat Penyokong KL City
Dunia
Stanley Bernard
Advertisements

CEO pasukan Kuala Lumpur City FC, Standley Bernard menghadiahkan kemenangan bermakna pasukannya kepada para penyokong setia yang sentiasa berada di belakang pasukan sehingga membawa pasukan merangkul trofi berprestij itu.

Dalam satu kenyataan di laman rasmi media sosialnya, Stanley yang juga bekas pemain pasukan KL juga meluahkan rasa terharu dan sebaknya selepas menamatkan penantian selama 32 tahun pasukan.

’Ini semua untuk para penyokong Kuala Lumpur yang disayangi selepas 32 tahun penantian.’

Advertisements

’Kita ialah juara Piala Malaysia pada edisi ke-100 kejohanan berprestij ini,’-Jelasnya pada hantaran tersebut.

Sementara tu, beliau juga menceritakan serba sedikit mengenai kisah dan juga perjalanannya yang sudah pun sebati dengan kelab kerana sudah pun berada sejak berusia 12 tahun lagi. Malah, beliau juga tidak dapat mengungkapkan dengan kata-kata bagaimana gembiranya perasaan beliau setelah melihat pasukannya berjuang bermati-matikan untuk merangkul piala berprestij ini.

Stanley menutup kata pada hantaran tersebut dengan menyatakan bahawa beliau amat menyayangi pasukan KL City FC dengan memuatkan tulisan beserta emoji sayang di situ.

Advertisements

Sebagai rekod, KL City mengakhiri empen dengan cukup cemerlang apabila tidak tewas dalam sebarang perlawanan Piala Malaysia pada kali ini. Ia juga sekaligus membuktikan keampuhan barisan pertahanan selain ketajaman pemain seperti Romel Morales telah menjadi kunci kejayaan buat pasukan ‘underdog’ ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram