Stanley Bernard: Nak Banding Dengan JDT? Padang Latihan Pun Kami Tiada
Dunia
astro arena
Advertisements

Kemenangan Kuala Lumpur City FC (KL City) dalam merangkul Piala Malaysia menewaskan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) ternyata mengejutkan para peminat dan pemerhati bola sepak tanah air.

Pastinya kejayaan yang dicatatkan KL City berjaya membuka mata ramai pihak mengenai kebolehan pasukan ini dalam memberi cabaran dalam saingan domestik malah disiplin taktikal yang diterapkan pengendali pasukan KL City, Bojan Hodak dilihat begitu ampuh pada perlawanan akhir tempoh hari.

Namun buat CEO KL City, Stanley Bernard, beliau menganggap kejayaan ini sebagai satu mimpi dalam kehidupan beliau dan dalam masa yang sama menganggap Bojan Hodak merupakan salah seorang jurulatih terbaik dalam Malaysia.

Advertisements

“Saya rasa masih tidak dapat terima kenyataan ini (menang Piala Malaysia) tapi saya ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan.

“Sebagai CEO, perkara pertama yang perlu ditukar ialah ‘culture’ (budaya), jadi kena ambil jurulatih yang begitu memahami ‘culture’. Dia bukan sahaja seorang jurulatih yang baik malah dia mampu menjadi pengurus pasukan dan pakar psikologi. Dan dia ialah Bojan Hodak. Salah seorang jurulatih terbaik dalam Malaysia. Beliau telah buktikannya.

Ketika ditanyakan pendapat mengenai pujian yang diberikan oleh pemilik JDT, Tunku Ismail Idris selepas KL City menjulang Piala Malaysia, ini merupakan komen beliau.

Advertisements

“Saya sangat menghormati beliau (Tunku Ismail). Kita menang semalam (tewaskan JDT) tak bermaksud kita lebih baik dari mereka. ‘Training ground’ pun KL City tiada.

“Saya tak pasti 20 tahun sebelum ini apa yang kelab lakukan kerana selepas saya ambil alih, tiada padang latihan. Jadi nak banding dengan JDT? KL City belum bersedia untuk Piala AFC, dan banyak perkara perlu diselesaikan terlebih dahulu.” luah Stanley Bernard kepada Nadi Arena.

Dengan kemenangan Piala Malaysia tempoh hari, KL City bakal beraksi di pentas Asia dan membawa nama Malaysia dalam saingan Piala AFC 2022 bersama sebuah lagi pasukan iaitu Kedah Darul Aman FC selaku naib juara Liga Super manakala buat pasukan JDT selaku juara Liga Super, mereka bakal beraksi di pentas tertinggi Asia iaitu dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL).

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram