Stanley Bernard Utamakan Negara
Dunia
Astro Arena
Advertisements

Pemilik pasukan Kuala Lumpur City FC, Stanley Bernard baru-baru ini mendedahkan bahawa beliau tidak akan menghalang Bojan Hodak sekiranya terdapat minat yang ditunjukkan oleh Persatuan Bolasepak Kebangsaan (FAM) untuk mendapatkan khidmat beliau.

Ketika ini, jurulatih kelahiran Croatia ini masih segar dengan kejayaan membantu pasukan dengan membawa mereka untuk merangkul kejuaraan Piala Malaysia setelah menundukkan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada perlawanan akhir Piala Malaysia akhir tahun lepas.

Namun begitu, prestasi kurang memuaskan pasukan negara pada kempen Piala AFF kali ini yang menyaksikan anak buah Tan Cheng Hoe tersingkir pada peringkat kumpulan.

Advertisements

Bukan itu sahaja, ini juga menyebabkan jurulatih negara, Tan Cheng Hoe terpaksa mengambil tanggungjawab ini dengan meletak jawatan selaku ketua jurulatih Malaysia yang menyebabkan FAM harus mencari pengganti yang sesuai bagi mengisi kekosongan tersebut.

Oleh yang demikian, timbul beberapa nama yang hangat diperkatakan dan salah satunya ialah bekas jurulatih Kelantan ini yang mempunyai rekod cemerlang bersama beberapa buah pasukan dalam liga tempatan.

Ini juga mendapat respon yang positif daripada Stanley yang mahu melihat pasukan negara mendapat yang terbaik selain menyatakan bahawa keperluan Malaysia adalah mengatasi segala-galanya.

Advertisements

’Sebagai seorang jurulatih, beliau seorang yang bercita-cita tinggi dan juga mempunyai sasaran.’

’Cinta beliau kepada negara ini sangat luar biasa. Malaysia sudah menjadi seperti rumah buat dirinya.’

Namun begitu, Stanley menyatakan bahawa sungguhpun Bojan kini komited dengan tugasnya untuk mempersiapkan pasukan menjelang musim baharu, beliau tidak menolak kemungkinan untuk melihat sosok itu melatih Harimau Malaya pada masa akan datang.

Advertisements

’Jika ada peluang untuk melatih Malaysia, beliau harus mempertimbangkannya.’

’Sekarang beliau sedang fokus bersama Kuala Lumpur, namun jika ada panggilan (melatih Malaysia), kami akan sentiasa menyokong keputusannya. Saya meletakkan Malaysia mengatasi segala-galanya,’-Jelas beliau kepada The Star.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram