Debaran aksi Liga Juara-Juara AFC (ACL) semakin terasa apabila wakil Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal melayan kunjungan Kawasaki Frontale.
Aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri itu menyaksikan Harimau Selatan berdepan misi besar di Asia.
JDT diundi dalam Kumpulan I bersama Ulsan Hyundai, BG Pathum dan Kawasaki Frontale untuk membawa aksi ulangan seperti musim lalu.
Tumpuan terarah kepada corak jaringan yang dilakukan oleh pasukan Harimau Selatan dalam kempen ACL ini sejak kali pertama menyertainya pada tahun 2019.
Menerusi statistik yang dikeluarkan oleh Johor Southern Tigers, JDT telah merekodkan 21 jaringan di ACL dan 11 jaringan secara khususnya pada tahun 2022.
JDT juga menjunjukkan konsistensi sepanjang 90 minit permainan apabila berjaya menjaringkan gol dalam setiap 15 mini perlawanan.
Berdasarkan rekod lalu, JDT telah menjaringkan 5 gol antara minit pertama hingga minit 15, 5 gol dari minit ke-16 hingga 30 dan satu gol dari minit ke-31 hingga 45.
Juara bertahan Liga Super itu turut mencatatkan jaringan yang memberangsangkan pada babak kedua.
JDT telah menjaringkan 3 gol antara minit 46 hingga 60, dua gol antara minit 61 hingga minit 75 selain berupaya meledak 5 gol lagi pada 15 minit terakhir permainan.
Hal ini membuktikan kualiti dan kemampuan para pemain untuk kekal pada tahap tertinggi sepanjang 90 minit beraksi.
JDT akan beraksi menentang Kawasaki Frontale bagi aksi pembukaan di Stadium Sultan Ibrahim pada 19 September 2023.