Advertising
Statistik Pertahanan PDRM, James Okwuosa Memang Tak Masuk Dek Akal
Liga Super
MakanBola
PDRM FC

Selepas beberapa kejutan yaang dicipta pasukan PDRM FC dalam saingan Liga Super musim ini, terkini telah tular statistik tak masuk akal yang melibatkan pertahanan tengah mereka dari Nigeria, James Okwuosa.

Bekas pertahanan skuad kebangsaan Nigeria berusia 32 tahun itu kini merupakan antara pertahanan tengah paling menyerlah dalam saingan Liga Super yang kini memasuki perlawanan keenam. Statistik menunjukkan Okwuosa mempunyai jumlah pintasan bola kedua tertinggi selepas lima perlawanan Liga Super dengan 40 pintasan.

Walaupun pertahanan tengah Sri Pahang FC, Stefano Brundo mengumpul 47 pintasan bola untuk berada di atas Okwuosa namun Okwuosa lebih tinggi dalam memenangi perebutan di udara di kawasan penalti sendiri iaitu dengan memenangi keseluruhan 15 perebutan berbanding 13 yang direkodkan untuk Brundo.

Ad

Dengan barisan pemain yang kurang ternama seperti mana pasukan lain, PDRM pasti akan terus mendambakan kekebalan Okwuosa dalam menghadapi saingan Liga Super yang masih lagi panjang perjalanannya.

Ad

Data dan statistik tersebut telah dikongsikan oleh Astro Arena melalui pemilik akaun twitter, Chun Hang yang juga merupakan seorang Penganalisis Data bola sepak. Dengan analisis data yang menyeluruh seperti ini, sudah pasti kita akan dapat melihat ramai lagi pemain yang bakal menyerlah bersama pasukan masing-masing.

Ad
Ad

Ad