Statistik Trio Serangan Harimau Malaya Menggerunkan
Harimau Malaya
Edited by NF
Advertisements

Harimau Malaya bakal menempuh dua ujian getir apabila dijadualkan bertemu dengan Turkmenistan dan juga Hong Kong bermula esok yang menjadi sebahagian daripada misi ke pentas Piala Asia.

Skuad kendalian Kim Pan-gon jelas berada dalam posisi terbaik untuk meneruskan aksi cemerlang apabila kini berada dalam motivasi tahap tinggi untuk melakar kemenangan kedua menentang Turkmenistan di Stadium Sultan Ibrahim.

Pan-gon dalam satu temubual mengakui ‘pening kepala’ untuk menentukan kesebelasan utama skuad negara bagi menghadapi lawan yang tidak kurang hebatnya esok.

Advertisements

Namun begitu, berdasarkan catatan statistik, Malaysia dilihat memiliki trio serangan yang cukup berbisa terutamanya bagi merobek gawang pasukan yang terkenal dengan jolokan Kakarum Warriors.

1.Arif Aiman Hanapi

Antara pemain yang mencuri tumpuan sudah pastinya ialah Arif Aiman. Pemain muda berusia 21 tahun itu mempunyai rekod yang cukup baik pada musim ini bersama Johor Darul Ta’zim (JDT).

Advertisements

Setakat ini, beliau sudah pun menjaringkan 3 gol dan 2 bantuan gol ,sementara berjaya melakukan 8 percubaan dengan 5 daripadanya tepat ke sasaran manakala dua percubaan tersasar.

Arif juga membuktikan kemampuan untuk membantu pasukan memperoleh kelebihan dari segi set piece apabila memenangi 5 pertarungan sambil turut membantu pertahanan melalui 7 catatan kesalahan.

2.Darren Lok

Advertisements

Seterusnya, penyerang Sabah FC, Darren Lok turut mempamer aksi memukau bersama kelab baharunya pada musim ini.

Sungguhpun tidak beraksi selama 90 minit secara konsisten, beliau tetap mampu meledak dua gol, melakukan 11 percubaan dengan 8 daripadanya tepat ke sasaran.

Kegigihan dan kerja kerasnya di atas padang terbukti apabila memenangi 4 kesalahan sambil melakukan 7 kesalahan terutamanya ketika membantu barisan pertahanan.

Advertisements

3.Faisal Halim

Faisal Halim yang juga merupakan tulang belakang Selangor Fc menjadi salah seorang pemain yang paling menyerlah.

Sungguhpun tidak menjaringkan sebarang gol, impak pemain berusia 25 tahun ini cukup besar apabila mencatat 3 bantuan gol dan 5 rembatan tepat.

Bukan itu sahaja, kelincahan beliau menyaksikan 3 kesalahan berjaya dimenangi sekaligus membuktikan antara pemain paling berkaliber bersama The Red Giants.

Kempen cemerlang di Piala AFF tahun lalu membuktikan Faisal antara pemain paling prolifik di hadapan gawang lawan.

Rumusan:

Malaysia akan memulakan aksi berdepan Turkmenistan pada 23 Mac jam 10 malam dalam misi mengutip mata ranking FIFA dengan trio ini dijangka turun selaku pilihan utama untuk mengetuai bahagian serangan Malaysia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram