Status Oscar Arribas Bersama JDT Cetus Tanda Tanya
Transfer
Johor Southern Tigers
Advertisements

Status pertahanan kiri Johor Darul Ta’zim (JDT), Oscar Arribas bersama skuad JDT untuk musim ini masih jadi tanda tanya.

Ini kerana sebelum ini, Johor Southern Tigers dalam satu pengumuman memaklumkan bahawa Oscar Arribas bakal meninggalkan pasukan kerana beliau akan dipinjamkan ke pasukan lain.

Bersama Oscar, beberapa pemain lain turut dilepaskan kelab. Nama-nama seperti Syafiq Ahmad, Safawi Rasid, Akhyar Rashid dan Haziq Nadzli telah diketahui destinasi seterusnya namun berbeza buat pemain kacukan Sepanyol/Filipina ini. Hingga kini, belum ada mana-mana kelab yang mengumumkan ketibaan Oscar Arribas.

Advertisements

Dalam tinjauan yang dibuat MakanBola, kelibat Oscar masih lagi di JDT. Beliau bersama rakan sepasukan giat menjalani latihan dibawah kendalian Hector Hidoglio.

Oscar Arribas ketika ini turut bersama delegasi JDT ke Sepanyol bagi kempen pra-musim. JDT memilih Sepanyol sebagai destinasi untuk persiapan pasukan menjelang sepak mula Liga Malaysia pada bulan Mei kelak.

Di Sepanyol, Harimau Selatan telah dijadual berentap menentang tujuh kelab disana.

Advertisements

Untuk rekod, pemain berusia 25 tahun ini melengkapkan perpindahan ke JDT pada musim lalu dan menjadi antara tonggak penting Harimau Selatan. Dalam skuad JDT musim ini, Oscar bersama Corbin Ong dan import baharu, Murilo Enrique bakal berentap untuk merebut posisi pertahanan kiri di JDT.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram