“Stuart & Dominic Perlu Rehat” – Ong Kim Swee
Liga Super
Sabah FC
Advertisements

Jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee melihat dua tonggak utama pasukan itu iaitu Stuart Wilkin dan Dominic Tan perlukan rehat selepas bermain bola sepak tanpa henti sejak akhir tahun lepas.

Selepas dipanggil menyertai Harimau Malaya untuk kempen Piala AFF 2022, Stuart dan Dominic bermain tanpa henti selama beberapa bulan.

Ini bukan saja menjadikan mereka amat letih tetapi berpotensi menjejaskan prestasi di atas padang. Atas sebab itu, Kim Swee mengingatkan amat sukar bagi pemain beraksi setiap minggu dan mengekalkan tahap kecergasan yang tinggi.

Advertisements

“Ya, anda perlu fikir tentang satu perkara terutama berkenaan Dominic dan Stuart. Jika anda melihat masa permainan mereka, mereka telah bermain bola sepak tanpa henti dari Piala Suzuki (Piala AFF 2022) pada Disember.

“Dan mereka pulang dan bermain lagi untuk kelab dan untuk pasukan kebangsaan. Lihatlah mereka sekarang. Saya fikir mereka amat keletihan dan kita perlu pertimbangkan perkara ini.

“Sebab jika mereka dipanggil lagi selepas ini, mereka akan bermain bola sepak lagi sehingga akhir tahun 2024. Adakah anda sedar tentang perkara itu? Jadi, anda tak boleh menjangkakan mereka bermain setiap minggu dengan tahap kecergasan yang tinggi.

Advertisements

“Keletihan akan muncul, prestasi mereka juga akan terjejas. Kita kena fikir macam mana nak mencari keseimbangan tentang perkara ini,” katanya kepada MakanBola dalam sidang media pasca-perlawanan Selangor FC-Sabah FC pada Ahad lepas.

Selepas tewas kepada Selangor FC tempoh hari, Sabah FC menduduki tangga kelima liga dengan 33 mata.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram