Stuart Ramalingam: Ketepatan Keputusan Pengadil Lebih Penting
Liga Super
Majlis Sukan Negara
Advertisements

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Stuart Ramalingam berpandangan ketepatan keputusan pengadil lebih penting apabila sistem bantuan video pengadil (VAR) dilaksanakan.

Pandangan ini dibuat selepas wujud rungutan daripada penyokong tentang tempoh masa yang diambil pengadil semasa melakukan semakan VAR dalam beberapa perlawanan pra-musim 2024/25.

Tempoh semakan yang lama mengakibatkan tempoh masa tambahan sesebuah perlawanan lebih lama daripada apa yang dijangka.

Advertisements

Antara contoh perlawanan yang menyaksikan masa tambahan lama kerana VAR ialah perlawanan pra-musim PDRM FC-KL City FC yang berlangsung pada 27 April lalu.

Perlawanan tersebut menyaksikan pengadil memberi masa tambahan sebanyak 12 minit susulan beberapa insiden yang disemak oleh VAR. Perlawanan itu berkesudahan dengan keputusan seri 2-2.

Advertisements

Stuart melihat ketepatan keputusan yang dibuat pengadil lebih penting daripada kepantasan membuat keputusan semasa fasa pertama VAR dilaksanakan.

Ini kerana bila itu berlaku, ini akan menambah integriti kepada sistem VAR yang digunakan pengadil dalam Liga Malaysia (Liga M).

Advertisements

Beliau juga percaya apabila pengadil sudah membiasakan diri dengan sistem tersebut, keputusan yang dibuat akan lebih pantas seiring dengan masa.

“Saya rasa kita kena tengok sumber liga di mana pelaksanaan awal ialah tabiat memeriksa dengan VAR terlalu banyak. Tetapi musim ini, ini perkara normal. Sebelum kita boleh berlari, kita kena merangkak dulu.

Advertisements

“Dan sebagaimana yang saya katakan dan kenyataan yang dibuat pegawai-pegawai FAM sendiri, ketepatan keputusan (pengadil) lebih penting daripada kepantasan keputusan dalam masa fasa pertama ini.

“(Ini) memastikan pemeriksaan dilakukan dengan betul dan memastikan pemeriksaan dan integriti semakan VAR terjaga. Dengan kelajuan membuat keputusan, itu akan datang seiring dengan masa.

“Seperti mana anda belajar merangkak, begitu juga bila anda belajar untuk berjalan dan berlari. Sama juga bila ada lesen memandu, anda akan memandu denga perlahan sebelum memandu dengan laju.

“Saya harap penyokong memahami tambahan masa. Dulu dengan orang membazir masa, balingan ke dalam, sepakan sudut, penjaga gol cedera, tambahan masa akan memberi integriti kepada bilangan minit perlawanan yang dimainkan.

“Ia bukan saja membantu pegawai tetapi juga membantu pegawai dan penyokong bola sepak melihat jumlah minit bola sepak dimainkan yang kita nak,” katanya kepada MakanBola selepas Majlis Pelancaran Musim Baharu Astro X Liga Malaysia semalam.

Sistem VAR telah mendapat kelulusan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk digunakan dalam Liga M musim 2024/25.

Sistem ini akan digunakan buat kali pertama dalam aksi Piala Sumbangsih antara Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) dengan Selangor FC pada 10 Mei ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram