Advertising
Stuart Wilkin Kenang Jasa Ong Kim Swee
MakanBola
Sabah FC

Pemain tengah kebangsaan, Stuart Wilkin cukup berterima kasih kepada bekas pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee.

Ini kerana bekas pengendali Harimau Malaya itu bertanggungjawab membawanya ke Sabah dan membentuk beliau menjadi pemain tengah berkaliber.

Ad

Kim Swee menyakinkan Wilkin dengan projek yang diusahakannya bersama Sang Badak termasuk jenis pemain yang bakal dibawa menyertai pasukan itu.

Ad

Usaha jurulatih berusia 54 tahun itu mendorong graduan akademi Southampton itu untuk memilih Sabah agar dapat beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).

“Sudah tentu saya rasa ragu-ragu untuk datang kerana saya mahu berada dalam (pasukan) teratas liga dan memburu kedudukan lima terbaik,” katanya.

Ad

“Tetapi Datuk Ong berjumpa saya dan beliau memberitahu saya tentang projek (dan) jenis pemain yang akan dibawa masuk.”

Ad

Wilkin turut menyifatkan impak yang dibawa Kim Swee menjadikan Sabah antara pasukan terbaik liga hari ini.

Ad

“Beliau memberi sumbangan besar kepada kelab termasuk dari segi infrastruktur. Beliau membantu (Sabah) membina sebuah pusat latihan dan persekitaran yang baik,” tambahnya.

“Beliau juga memacu Sabah ke tahap lebih tinggi dalam beberapa tahun ini. Apa yang beliau lakukan ini ialah lebih bagus daripada apa yang kita sangkakan.”

Kim Swee meninggalkan Sabah pada akhir November lalu selepas kontraknya tamat. Beliau kini melatih kelab Liga 1 Indonesia, Persis Solo.