Suarez Buat Liverpool Merana
Dunia
Nacional
Advertisements

Penyerang berpengalaman Nacional, Luis Suarez memainkan watak penting ketika membantu pasukannya menewaskan Liverpool URU dengan keputusan 4-1.

Pertemuan ini merupakan aksi bagi Kejuaraan Uruguay 2022 dalam usaha meraih piala penting ini buat pasukan.

Pemain berusia 35 tahun ini turun dalam kesebelasan utama pasukan untuk mengetuai jentera serangan pendahulu Liga Uruguay ini.

Advertisements

Beliau membuktikan ketajaman penyudah di hadapan gawang apabial meletakkan pasukan di depan pada minit ke-50.

Selepas keputusan terikat 1-1, bekas penyerang Barcelona ini sekali lagi menjadi wira buat pasukan apabila memacu kebangkitan pada perlawanan ini.

Beliau meledak gol kedua Nacional menerusi satu gerakan cantik dan menjadi punca kebangkitan mereka untuk meledak dua lagi gol bagi mengesahkan kejuaraan.

Advertisements

Hal ini sudah tentu melenyapkan harapan Liverpool untuk menjulang kejuaraan ini selepas terpaksa bertarung dengan pendahulu Liga Uruguay ini.

Peledak kebangsaan Uruguay ini telah pun menjaringkan 8 gol dalam 13 perlawanan liga setakat ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram