Suasana Ala EPL Untuk Perlawanan JDT Menentang Ulsan
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Perlawanan terakhir peringkat kumpulan I yang melibatkan pertembungan pendahulu, Johor Darul Ta’zim (JDT) yang menanti cabaran Ulsan Hyndai sudah pastinya berlangsung dengan begitu sengit.

Ketika ini, kedua-dua pasukan berada pada kedudukan terbaik untuk layak sungguhpun jaguh dari Jepun, Kawasaki Frontale turut memiliki peluang yang seimbang untuk layak ke pusingan berikutnya.

Walau bagaimanapun, perlawanan hari ini sudah pastinya terarah kepada pasukan Harimau Selatan yang beraksi di gelanggang sendiri memberi sedikit kelebihan buat mereka untuk tampil dengan aksi yang lebih meyakinkan.

Advertisements

Namun begitu, perlawanan yang dijadualkan berlangsung pada petang Sabtu ini dilihat bakal mewujudkan beberapa detik istimewa dalam usaha JDT untuk terus melakar sejarah.

Perlawanan ini dijangka bakal berlangsung pada jam 5 petang waktu tempatan. Hal ini sudah pasti menjadi detik yang agak ’rare’ tetapi unik kerana perlawanan di negara kita sering dimainkan pada waktu malam.

Ini sekaligus bakal memberi pengalaman ’ala-ala EPL’ kepada para penyokong yang dijangka bakal hadir untuk membanjiri perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim.

Advertisements

Seterusnya, pertembungan ini sudah pastinya menarik disebabkan Stadium Sultan Ibrahim sendiri yang mempunyai reka bentuk dan fasiliti bertaraf dunia.

Struktur kawasan padang yang tidak mempunyai trek lumba di sekelilingnya menjadikan SSI bakal gamat dengan sorakan para penyokong.

Ini sudah pasti memberi tonik terbaik kepada para pemain Harimau Selatan yang sudah pastinya menagih sokongan pemain ke-12 untuk membangkitkan semangat juang dalam diri mereka.

Advertisements

Aksi ini amat penting buat pasukan Benjamin Mora dalam usaha untuk meraih 3 mata penuh untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya.

Perlawanan ini juga sudah pasti menggamit 1001 kenangan untuk melihat aksi dimainkan pada sebelah petang setelah kali terakhir para penyokong Malaysia menyaksikannya adalah ketika pasukan negara menentang Manchester United pada tahun 2009.

Ketika ini, tugas getir menanti anak didik Benjamin Mora yang dijangka bakal menurunkan barisan terbaik menjelang sepak mula Sabtu ini.

Advertisements

Peluang terbaik JDT kini berada di depan mata dan tidak mustahil, dengan sokongan padu para penyokong di selatan tanah air mampu mencipta sejarah buat arena bola sepak di Malaysia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram