Subkhiddin Pilih Nafuzi Zain Sebagai Jurulatih Pilihan
Dunia
Subkhiddin/Terengganu
Advertisements

Bekas pengadil terbaik negara, Subkhiddin Mohd Salleh tempoh hari tampil menjawab pertanyaan daripada salah seorang pengguna di Twitter mengenai keputusan pengadil ketika perlawanan antara pasukan Terengganu FC menentang Johor Darul Ta’zim di separuh akhir pertama Piala Malaysia 2021.

Pengadil berusia 55 tahun itu menjelaskan bahawa beliau tidak boleh memberi komentar tentang perlawanan tempoh hari ekoran kesibukan urusan pekerjaan yang tidak dapat dielakkan.

Subkhiddin dalam ciapan tersebut juga menyatakan rasa teruja dan bangga dengan prestasi semasa pengendali Terengganu FC. Beliau memilih Nafuzi Zain sebagai jurulatih pilihan dan menurutnya Nafuzi Zain berjaya kemudi Terengganu dengan baik musim ini.

Advertisements

Subkhiddin menyatakan bahawa Nafuzi Zain bakal menjadi jurulatih yang cemerlang dan berpengalaman luas dalam membimbing pasukan pada masa akan datang.

“Ikhlas minta maaf sangat-sangat. Saya tidak sempat menonton disebabkan urusan kerja yang tidak dapat dielakkan sehingga akhir tahun ini. Apapun Coach Nafuzi adalah favourite saya. Bakal cemerlang sedikit masa lagi,” ujar Subkhiddin.

Nafuzi dalam pada itu masih menunggu tawaran perlanjutan kontrak bersama Terengganu FC untuk musim depan. Setakat ini masih belum ada pengumuman rasmi daripada pihak Terengganu FC namun terdapat ura-ura yang Nafuzi Zain bakal ditamatkan kontrak.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram