Subramaniam Anggap 3 Pasukan Lebih Kuat Berbanding Selangor
Liga Super
Selangor FC
Advertisements

Lagenda bola sepak negara, S. Subramaniam menganggap tiga pasukan Liga Super memiliki kekuatan yang lebih baik berbanding Selangor.

Perkara ini diucapkan beliau ketika melakukan analisis di Astro Arena selepas The Red Giants menundukkan Young Elephants 4-0 untuk menjulang trofi Selangor Asia Challenge.

Katanya, pasukan kendalian Nidzam Jamil tidak dapat menguji kekuatan sebenar kerana bertemu pasukan yang lebih lemah.

Advertisements

“Kita tidak dapat melihat kelemahan Selangor kerana kita bertemu dengan pasukan yang kurang tahapnya berbanding mereka. Sepanjang pra-musim ya mereka menjaringkan banyak gol tetapi tiada pasukan yang betul-betul mencabar mereka.

“Mereka tidak bertemu dengan pasukan Top 4 seperti Kedah kerana mereka akan bertemu pada aksi kedua Liga Super. Sama seperti JDT (bagi aksi persahabatan) kerana akan beraksi bagi Piala Sumbangsih.

Advertisements

“Tetapi di sini persiapan mereka akan terbantut kerama tiada pasukan setara yang menguji mereka.

Subramaniam juga menganggap terdapat tiga pasukan yang memiliki kekuatan yang lebih baik berbanding Selangor ketika ini.

Advertisements

“Saya merasakan aksi pra-musim sepatutnya bertemu pasukan yang mampu mencabar kita. Jadi barulah kita boleh melihat keadaan pemain, strategi yang mahu digunakan dan lain-lain.

“Kita hanya nampak satu sahaja strategi Selangor iaitu menyerang dan proaktif, tetapi ketika bertemu pasukan yang lebih kuat seperti JDT, Kedah dan Terengganu, mampukah mereka memperagakan aksi yang sama,” jelasnya kepada Astro Arena.

Advertisements

Selangor telah menjaringkan 8 gol dan mengekalkan rekod tanpa bolos dalam kejohanan ini sebagai persediaan menentang JDT bagi aksi Piala Sumbangsih pada 10 Mei 2024.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram