Advertising
Subramaniam Kongsi Sisi Berbeza Nurul Azwan Roya
MakanBola
Kelantan FA & Nurul Azwan Roya
Sponsors

Bekas pemain Kelantan, S. Subramaniam berkongsikan sisi berbeza rakan sepasukannya dahulu iaitu Nurul Azwan Roya dalam sebuah rancangan Bola Itu Life.

Subramaniam menceritakan suasana bilik persalinan Kelantan sewaktu hari perlawanan dan bagaimana interaksi antara para pemain Kelantan bersama para jurulatih ketika itu.

Ad

“Saya seorang yang serius. Dibilik persalinan pada hari perlawanan, saya mahu fokus. Sewaktu pep talk oleh jurulatih Datuk M. Karathu, beliau memberitahu para pemainnya harus bermain seperti api. Jurulatih itu memberi kata semangat mahukan kemenangan.”

Ad

“Tiba-tiba Nurul Azwan Roya mencelah dan bertanya jika hari hujan macam mana coach?” katanya sambil ketawa bersama Faiz Gurun dalam program tersebut.

Subramaniam kemudian menambah lagi “Coach kemudian menjawab itu api kalau hujan pun tidak boleh padam!”.

Ad
@astroarena

“Ini api kalau kena hujan pun takkan padam!” 😂😂 @keeshmatstats @faizkgurun #BolaItuLife #SukanDiTiktok

Ad
♬ original sound – Astro Arena – Astro Arena

Semua yang berada didalam bilik persalinan tergelak mendengar jawapan jurulatih itu menurut Subramaniam.

Ad

Tambahnya, Nurul Azwan Roya atau turut dikenali sebagai Awe dikalangan pemain Kelantan merupakan seorang yang kelakar dan selalu bermain-main sewaktu sesi latihan.

Subramaniam dan Nurul Azwan Roya merupakan sebahagian daripada skuad emas Kelantan pada tahun 2011 sehingga 2012.

Malah kedua-dua pemain ini sempat bermain bersama sekali lagi pada tahun 2014 bersama pasukan JDT.