Suhaimi Husin Akui Minit Bermain Jadi Keutamaan Buat Malaysia
Harimau Malaya
Azri/MakanBola
Advertisements

Penjaga gol Terengganu FC, Suhami Husin mengakui minit bermain yang diperoleh dalam saingan liga amat penting untuk membawa cabaran Malaysia.

Beliau berjaya mendapat panggilan buat kali pertama di bawah kendalian Kim Pan-gon setelah tampil cemerlang di peringkat kelab.

Katanya, peluang yang diberikan oleh ketua jurulatih, Tomislav Steinbruckner untuk menjadi pilihan utama di peringkat kelab amat penting untuk mengukuhkan tempat bersama Harimau Malaya.

Advertisements

Beliau bagaimanapun terpaksa bersaing sengit dengan penjaga gol JDT, Syihan Hazmi dan juga Azri Ghani untjk mendapatkan tempat.

“Saya ucapkan terima kasih kepada Tomislav Steinbruckner kerana memberikan peluang kepada saya.”

Advertisements

“Saya akui minit bermain amat penting untuk saya mendapat panggilan bersama Malaysia,” jelasnya kepada MakanBola.

Suhami juga yakin fokus terarah untuk membantu negara dan persiapan rapi dilakukan untuk memastikan keadaan pasukan dalam kondisi terbaik.

Advertisements

Pemilihan tiga penjaga gol negara ini ditentukan oleh barisan kejurulatihan tatkala ketua jurulatih, Kim Pan-gon mengakui bahawa penilitian terhadap prestasi semasa pemain menjadi penentu kepada pemilihan kali ini.

Malaysia akan bertemu India pada 13 Oktober 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil jam 9 malam.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram