Ads
AFC Cup
Terengganu FC / FAM

Pasukan Terengganu FC nyata tidak pernah ketandusan bakat penjaga gol. Terkini, Suhaimi Husin pula telah membuka mata ramai pihak selepas cemerlang dalam aksi sulung Piala AFC menentang juara Liga Australia, Central Coast Mariners.

Advertisements

Penjaga gol berusia 29 tahun itu nyata tidak kekok walaupun beraksi buat pertama kali di pentas Asia. Dalam perlawanan yang menyaksikan kemenangan 1-0 berpihak Terengganu, Suhaimi memainkan peranan penting dalam mengawal gawang Terengganu.

Advertisements

Beberapa percubaan merbahaya dari pasukan pelawat berjaya diselamatkan dengan cemerlang sekali gus mengakhiri perlawanan dengan tanpa dibolosi sebarang gol.

Advertisements

Advertisements

Hasil tinjauan di laman Sofascore, Suhaimi adalah pemain yang mendapat rating tertinggi dalam perlawanan tersebut dengan mendapat penilaian 7.8/10. Rating tinggi itu telah diberikan selepas Suhaimi berjaya menyelamatkan enam percubaan merbahaya dari pihak lawan.

Suhaimi husin rating Suhaimi Husin Buka Mata Kim Pan-gon?
Rating Suhaimi Husin dalam aksi menentang Central Coast Mariners. Sumber: Sofascore.

Kecemerlangan Suhaimi itu sudah pasti mendapat perhatian ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan-gon yang sedang dalam perancangan membina skuad mantap menjelang Piala Asia 2023 yang akan dilangsungkan di Qatar, Januari 2024.

Advertisements
Advertisements

Untuk musim ini, Suhaimi telah beraksi dalam 20 perlawanan bersama Terengganu dalam kesemua pertandingan serta telah merekodkan 10 perlawanan tanpa bolos. Kecemerlangan Suhaimi juga telah membuatkan penjaga gol muda berbakat, Rahadiazli Rahalim kerap memanaskan bangku simpanan ‘Sang Penyu’.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram