Jurulatih pasukan Sri Pahang FC, Fandi Ahmad akui berpuas hati dengan aksi anak buahnya yang berjaya mendapatkan satu mata berharga di Terengganu.
Beliau pada awalnya sangat yakin dengan pasukannya mampu menewaskan pasukan tuan rumah, Terengganu. Namun, Fandi Ahmad tetap bersyukur dengan keputusan ini.
“Alhamdullilah kita datang sini untuk mendapatkan mata, tidak dapat tiga dapat satu pun jadi.
“Hari ini pemain berjuang bersungguh-sungguh, mereka berikan yang terbaik. Saya yakin kita akan menang tadi kerana banyak asakan.
Penjaga gol Terengganu, Suhaimi Husin mendapat pujian daripada Fandi Ahmad kerana ketangkasannya menidakkan beberapa peluang keemasan Sri Pahang sehingga wisel penamat bunyi.
“Mereka beruntung dapat penjaga gol yang baik tadi, beberapa kali membuat menyelamatkan percubaan tepat. Banyak peluang keemasa yang tidak dapat diterjemahkan,” kata Fandi Ahmad selepas tamat perlawanan bersama Astro Arena.
Ketika ini, Sri Pahang berada dikedudukan ke-9 Liga dengan 7 mata manakala Terengganu kukuh di tangga ke-3 dengan 15 mata bagi saingan Liga Super 2024.
Selepas ini, Terengganu akan berdepan Sabah FC dan Sri Pahang akan menerima kunjungan PDRM FC pada 15 September bagi saingan Liga Super seterusnya.