Sukan Disiplin Campuran Dicemari Salah Guna Kuasa?
UltraSukan
Gambar Hiasan / PixaBay – Geralt

Arena sukan negara digemparkan dengan perkhabaran berkenaan salah guna kuasa yang berlaku dalam sukan disiplin campuran berikutan tindakan individu yang dikatakan melakukan salah guna kuasa untuk mengekalkan kedudukannya.

Tatkala Malaysia kini dalam misi untuk memburu emas pertama di Olimpik, peminat dikejutkan dengan berita mengenai individu yang difahamkan melakukan salah guna kuasa untuk mengekalkan kedudukannya.

Ad
Advertisement

Sukan yang berjaya mengumpulkan hampir 3000 orang peserta setiap tahun dalam acara disiplin campuran ini dilanda titik hitam yang memberi kesan besar kepada atlet yang bergiat aktif dalam sukan ini.

Ad

Menerusi satu laporan yang pernah ditularkan sebelum ini, individu ini difahamkan telah memilih anaknya sendiri untuk mewakili negara.

Advertisement

“Difahamkan juga, beliau telah ‘melantik’ anaknya sendiri mewakili negara dan memaksa jurulatih ikut arahannya tanpa banyak soal.”

Menurut saksi, individu yang dimaksudkan juga memberi arahan kepada jurulatih untuk mengikuti segala kehendaknya tanpa sebarang penjelasan.

Ad
Advertisement

Proses pemilihan juga difahamkan telah berlangsung untuk mengaburi mata peminat dan atlet lain sambil keutamaan diberikan buat anaknya untuk membawa nama Malaysia.

Ad

Terbaru, individu ini difahamkan telah memberikan sogokan wang kepada ahli persatuannya untuk memastikan kedudukannya tidak tergugat.

Advertisement

Difahamkan juga, syarikat yang mahu menaja hadir dalam kalangan keluarga individu ini sekaligus membolehkan tajaan tersebut diberikan kepada anak individu tersebut.

Tindakan beliau ini dikatakan memberi kesan kepada perjalanan sukan negara pada masa akan datang.

Advertisement