KL dan tiga negeri lagi bersedia untuk menjadi venue bagi temasya Sukan SEA 2027.
Menerusi kenyataan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pada Rabu menyaksikan jemaah menteri bersetuju untuk menerima tawaran untuk menjadi tuan rumah bagi Sukan SEA 2027.
“Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengumumkan keputusan Kerajaan menerima tawaran daripada Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) untuk menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027,” ujar KBS dalam satu kenyataan.
“Keputusan ini dipersetujui Jemaah Menteri dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, setelah mengambil kira komitmen penganjuran bersama oleh tiga negeri lainnya.”
“Sebelum ini, Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang telah menyatakan kesediaan untuk menggunakan peruntukan masing-masing bagi menjadi penganjur bersama dengan Kuala Lumpur.”
“Jemaah Menteri turut merakamkan ucapan tahniah kepada Kerajaan Sarawak dan Jawatankuasa Penganjur Sukan Malaysia (SUKMA) XXI yang telah berjaya mengendalikan penganjuran temasya berakhir pada 24 Ogos lalu dengan jayanya.”