Sukan SEA: Skuad Wanita Malaysia Layu Dibelasah Myanmar
Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia
Advertisements

Skuad bola sepak wanita Malaysia menamatkan kempen Kumpulan A Sukan SEA 2023 di mana mereka dibelasah Myanmar 5-1 di Stadium RCAF, Phnom Penh hari ini. Biarpun pulang ke Kuala Lumpur tanpa sebarang mata, Intan Sarah Anisah Zulgafli memastikan pasukan negara mencatat satu gol dalam edisi kali ini.

Separuh masa pertama menyaksikan The Asian Lionesses mendominasi lawan mereka. Myanmar membuka jaringan menerusi penyerang July Kyaw pada minit ketiga perlawanan.

Advertisements

Gawang anak-anak buah Soleen Al-Zoubi yang dikawal Ezza Ashikin Abdul Razak dibolosi lagi sebanyak dua kali oleh kapten The Asian Lionesses, Khin Marlar Tun. Marlar Tun mencipta nama sebagai penjaring pada minit ke-26 dan ke-39.

Dengan keputusan 3-0 semasa rehat, Malayan Tigress cuba bangkit pada separuh masa kedua. Dan hasilnya, Intan Sarah menyumbat gol saguhati pada minit ke-58.

Advertisements

Tetapi gol tersebut membakar semangat Myanmar untuk memastikan slot separuh akhir berada dalam genggaman. Dua lagi gol dijaringkan oleh San Thaw Thaw pada minit ke-62 dan 82 bagi memastikan The Asian Lionesses meraih kemenangan 5-1 pada akhir perlawanan.

Biarpun berkongsi mata sama dengan Vietnam dan Filipina, Vietnam dan Myanmar layak ke separuh akhir disebabkan memiliki jurang gol yang besar jika dibandingkan dengan Filipina. Ini sudah pasti memberi kelegaan kepada anak-anak buah Tin Myint Aung.

Advertisements

Bagi Soleen pula, terdapat banyak perkara yang perlu difikirkan sebaik pulang ke Kuala Lumpur. Untuk membangunkan Malayan Tigress agar setanding dengan lawan dari negara serantau memerlukan perancangan yang teliti. Ini bagi memastikan label pasukan belasahan ke atas skuad wanita negara tidak akan kekal lama.

News Comments Account