Pengerusi Perak FC, Datuk Seri Azim Zabidi tidak menafikan bahawa pasukannya kini bergelut untuk mencari penaja bagi saingan musim 2024/25.
The Bos Gaurus mengakhiri saingan musim lalu dengan agak kurang memberangsangkan namun masih mampu untuk melangkah ke pentas separuh akhir Piala Malaysia.
Tatkala saingan Liga Super musim baharu masih belum bermula, rata-rata kelab kini sedang mencari penaja baharu untuk membantu mengukuhkan kewangan kelah.
Situasi ini digambarkan sukar oleh Presiden Perak kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom itu dengan pihaknya kini berusaha gigih untuk mencari penaja.
“Ianya tidak memberangsangkan, mungkin kerana Perak FC itu asyik kalah saja. Selalunya orang kalau nak masuk menaja dia mahu lihat pasukan itu sentiasa menang.”
“Ini juga akan meningkatkan jenama penaja yang akan memberi tajaan kepada kelab itu.”
Namun begitu, pihaknya kini sedang berusaha keras untuk memohon bantuan dariapda agensi kerajaan negeri Perak.
“Ketika ini, kita sedang meminta bantuan daripada agensi-agensi kerajaan negeri Perak untuk membantu,” jelasnya kepada Astro Arena.
Perak mengakhiri saingan Liga Super 2023 di tangga ke -11 dengan hanya 6 kemenangan daripada 26 aksi yang diharungi.