SUKMA: JDT Tanggung Kekalahan Menentang Sabah
MakanBola
Johor Southern Tigers

Hajat Johor Darul Ta’zim (JDT) meneruskan rentak kemenangan dalam Kumpulan B SUKMA tidak kesampaian apabila tewas tipis kepada Sabah.

Selepas meraih kemenangan ke atas Terengganu, JDT berharap dapat mengesahkan kemaraan awal ke peringkat suku akhir dengan menewaskan Sabah.

Ad
Advertisement

Ini mendorong pengendali JDT, Gonzalo Sanz Zaballos menurunkan barisan berbeza untuk menentang Sabah yang dibimbing Jelius Ating.

Ad

Separuh masa pertama menyaksikan Harimau Selatan berusaha mendapatkan kelebihan gol awal menerusi Abdul Raziq Abdul Rahman dan Alauddeen Alif Fua-ad.

Advertisement

Tatkala pasukan selatan tanah air itu ghairah memburu gol pendahuluan, mereka dikejutkan dengan gol pertama Sabah pada minit ke-18. Kapten Sang Badak, Jenalter Justin menembusi gawang Johor yang dikawal penjaga gol, Hazriq Haqqim Mohd Izham.

Tersentak, JDT terus menggandakan asakan untuk memburu gol penyamaan menerusi Abdul Raziq dan Alauddeen tetapi tidak berhasil.

Ad
Advertisement

Kekentalan barisan pertahanan diketuai Rowellson Jarry memastikan keputusan 1-0 kekal sehingga rehat separuh masa.

Ad

Bersambung pada babak kedua, Zaballos memasukkan Naim Zainudin, Najmudin Akmal Kamal Akmal dan Danish Irham Mohd Nazri untuk mengubah momentum perlawanan.

Advertisement

Malangnya, Harimau Selatan terus bergelut menembusi gawang Sabah yang dikawal penjaga gol, Amir Jef Anjam. Sebaliknya, Sang Badak kembali merobek gawang JDT buat kali kedua pada minit ke-79.

Jenalter sekali lagi menjadi duri dalam daging kepada pertahanan pasukan selatan tanah air itu dengan menggandakan kelebihan anak buah Jelius.

Advertisement

JDT merapatkan jurang menerusi Naim pada minit ke-88 tetapi itu sudah terlambat untuk menghalang kemenangan pasukan dari Negeri Di Bawah Bayu itu.

View this post on Instagram

A post shared by JOHOR DARUL TA’ZIM FC (@officialjohor)

Advertisement

Keadaan ini menyaksikan JDT dan Sabah masing-masing mengumpul tiga mata dalam Kumpulan B. Kini, Harimau Selatan memerlukan Sabah untuk menewaskan Terengganu dalam aksi terakhir kumpulan pada 16 Ogos ini untuk mara selaku naib juara kumpulan.