Advertising
SUKMA: Melaka Lebur Impian Final Terengganu
MakanBola
FA Sarawak

Melaka melangkah ke pentas final SUKMA 2024 apabila menyingkirkan juara bertahan, Terengganu dalam aksi separuh akhir.

Melaka semakin berkeyakinan selepas menyingkirkan Perak di peringkat suku akhir. Manakala Terengganu pula semakin bersemangat untuk memburu slot ke final selepas menewaskan Selangor.

Ad

Separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan berusaha mencari kelebihan gol awal di Stadium Mukah.

Ad

Walau bagaimanapun, hujan lebat mengakibatkan padang menjadi lecak dan berair. Hal ini mendorong kedua-dua pasukan melakukan percubaan jauh ke arah gol.

Terengganu hampir memecah kebuntuan pada minit ke-21 menerusi Danial Iman Ihtisyam Zakaria. Malangnya, percubaan jarak jauhnya tidak menepati sasaran.

Ad

Kesukaran kedua-dua pasukan merencana serangan di atas padang yang berair memastikan kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan sehingga rehat.

Ad

Bersambung selepas rehat, Terengganu dan Melaka terus bersaing untuk mendapatkan gol pendahuluan di Stadium Mukah.

Ad

Melaka terus memberi tekanan kepada pasukan Pantai Timur itu menerusi trio penyerang Haziq Zamri, Haziq Deli dan Afiq Norizan.

Perlawanan semakin panas apabila beberapa terjahan keras dilakukan oleh pemain kedua-dua pasukan. Keadaan ini memaksa pengadil, Amirul Yusuf Chow bekerja keras mengawal situasi disiplin kedua-dua pasukan.

Tatkala ramai menyangka perlawanan bakal diheret ke masa tambahan, Melaka akhirnya memecahkan kebuntuan menerusi Afiq pada minit ke-72. Penyerang tersebut melepaskan rembatan yang menewaskan penjaga gol Terengganu, Faris Haikal Mustafa.

Afiq hampir menggandakan kelebihan yang dimiliki Melaka enam minit selepas itu. Terengganu bernasib baik apabila rembatan lawan mereka itu berjaya ditangkap Faris Haikal.

Kegembiraan kem Melaka tidak bertahan lama apabila Terengganu menyamakan kedudukan pada minit ke-86. Cubaan kapten Melaka, Muhammad Firdaus Ya’akub mengeluarkan bola hantaran Iman Zaidi Sulong mengakibatkan bola tertolak ke gawangnya sendiri.

Meskipun Amirul memberi masa tambahan selama tiga minit, kedua-dua pasukan masih buntu mencari gol kemenangan. Keadaan ini memaksa perlawanan diheret ke masa tambahan.

Shahmeer Rusli hampir menambah gol ketiga Terengganu pada minit ke-95 selepas berjaya merampas bola daripada pertahanan Melaka. Malangnya, percubaan beliau disekat penjaga gol Melaka, Zaharul Adzmi Marhalim.

Kedua-dua pasukan terus buntu mencipta jaringan kemenangan selepas mengharungi 30 minit masa tambahan. Keadaan ini menyaksikan penentuan sepakan penalti dilakukan bagi menentukan pemenang.

Zaharul Adzmi muncul wira dengan menafikan dua penalti Terengganu sekaligus memastikan Melaka menang dengan keputusan 4-3.

Melaka bakal menanti sama ada Kelantan atau Wilayah Persekutuan sebagai lawan mereka di final pada