Advertising
SUKMA: Senarai Aksi Sengit Futsal Separuh Akhir
UltraSukan
Sarawak FA

Ini merupakan senarai aksi sengit yang bakal berlangsung di peringkat separuh akhir acara futsal bagi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024.

Empat semi finalis telah menempah tiket di separuh akhir dengan tuan rumah, Sarawak mengetuai senarai selain Perak, Pulau Pinang dan juga pasukan pilihan ramai, Selangor.

Ad

Di peringkat suku akhir pada Isnin, berlaku kejutan apabila Perak berjaya mencipta kejutan dengan membelasah jaguh Pantai Timur, Terengganu 8-2 di sebelah pagi.

Ad

Sementara Sarawak yang tampil penuh cemerlang beraksi di hadapan penyokong sendiri bagi menyingkirkan Wilayah Persekutuan dengan keputusan 3-1.

Di sebelah petang, dua aksi suku akhir berlangsung yang menyaksikan Pahang tumpas di tangan Pulau Pinang hasil penalty shootout setelah kedua-dua pasukan terikat seri 3-3.

Ad

Manakala satu lagi aksi membabitkan Selangor dan Melaka dimenangi oleh negeri Merah Kuning itu dengan keputusan 6-3 untuk menjadi pasukan terakhir yang menempah tiket ke separuh akhir.

Ad

Di peringkat separuh akhir nanti, Perak bakal berhadapan tugas sukar untuk menentang Sarawak yang sudah pasti disorak oleh ratusan penyokong yang berada di venue perlawanan.

Ad

Selangor yang diketuai oleh pemain kebangsaan, Syahir Iqbal Khan pula akan turun berdepan Pulau Pinang selepas itu bagi menentukan satu lagi tempat untuk beraksi di final.

Kesemua perlawanan separuh akhir dijadualkan pada 21 Ogos di Stadium Tertutup Kota Samarahan dengan aksi pertama bermula jam 9 pagi manakala aksi kedua pada jam 11.30 pagi.