Ads
Sultan Azlan Shah Cup: Malaysia Alami Mimpi Ngeri Berdepan Jepun
UltraSukan
Hokita

Impian Malaysia mempertahankan kejuaraan Sultan Azlan Shah Cup kini hanya tinggal kenangan apabila tumpas di tangan Jepun pada Rabu.

Advertisements

Masih segar dengan kejayaan mengejutkan New Zealand semalam, pasukan hoki kebangsaan turun dengan misi meneruskan rentak cemerlang selain mencalarkan rekod tanpa kalah yang dipegang oleh Jepun dalam kejohanan ini.

Advertisements

Malaysia yang mempertaruhkan gandingan trio Akhimullah Anuar, Azrai Aizad dan Faizal Saari bermula baik dengan beberapa gerakan menarik namun kekebalan benteng Jepun berjaya menafikan percubaan negara.

Advertisements
Advertisements

Meskipun begitu, Jepun terlebih dahulu memecah kebuntuan menerusi Kazumasa Matsumoto yang menyambar pukulan kilas dari rakan sepasukan untuk menewaskan Hafizuddin Othman pada minit ke-24.

Peluang terbaik hadir buat pasukan negara menyamakan kedudukan menerusi Fitri Saari, akan tetapi beliau gagal menyudahkan situasi satu lawan satu bagi mengakhiri babak pertama dengan keputusan 1-0 memihak Jepun.

Advertisements

Kembali dari rehat, Malaysia tidak menunggu lama untuk meledak jaringan pertama hasil pukulan deras penyerang tumpuan, Faizal Saari seminit selepas bersambung babak kedua untuk mengikat kedudukan 1-1.

Jepun kembali di hadapan menerusi Taiki Takade yang menyambut bola muntah sebelum menewaskan Hafizuddin di gawang Malaysia buat kali kedua ketika permainan berbaki sepuluh minit lagi.

Kegagalan menyempurnakan empat pukulan sudut penalti yang dimiliki oleh anak-anak buah Sarjit Singh di penghujung perlawanan jelas mengecewakan pasukan dan ratusan peminat yang hadir ke stadium.

Perlawanan tamat, Jepun 2-1 Malaysia.

Dengan keputusan ini, The Speedy Tigers kini menduduki tangga ketiga dengan enam mata, ketinggalan empat mata di belakang Jepun sekaligus menghancurkan impian Malaysia ke final meskipun berbaki satu perlawanan lagi.

Advertisements

Skuad negara yang merupakan juara bertahan akan berdepan Korea Selatan dalam aksi terakhir round robin pada Jumaat ini dengan perlawanan dijadualkan bermula jam 8.30 malam di Stadium Sultan Azlan Shah.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram