Advertising
Sultan Azlan Shah Cup: Malaysia Baham Kanada Tanpa Belas Kasihan
UltraSukan
Hokita

Malaysia mencatatkan kemenangan pertama dalam aksi kedua Sultan Azlan Shah Cup apabila mudah menewaskan Kanada pada Ahad.

Skuad negara turun dengan misi menebus kekalahan tipis 3-4 di tangan Pakistan manakala Kanada juga mahu bangkit setelah dibelasah New Zealand pada aksi pertama semalam.

Kanada terlebih dahulu memimpin permainan seawal minit ke-11 menerusi jaringan padang Devohn Noronha Texeira untuk meletakkan pelawat di hadapan.

Ad

The Speedy Tigers tidak menunggu lama untuk membalas gol tersebut apabila dua jaringan pantas dalam masa seminit berjaya disumbat oleh Fitri Saari dan Azrai Aizad Abu Kamal pada minit ke-13 dan 14.

Ad

Gol ketiga skuad negara hadir menerusi sayu lagi jaringan padang yang berjaya dihasilkan oleh pemain muda, Azimuddin Syakir pada minit ke-19 untuk meletakkan Malaysia selesa mendahului 3-1.

Separuh masa pertama tamat dengan kelebihan 3-1 buat pasukan negara.

Ad
Ad

Kembali dari rehat, giliran pemain senior, Nik Aiman Rozemi pula menyumbat gol buat pasukan negara pada minit ke-31 hasil jaringan padang cantik untuk menewaskan penjaga gol Kanada buat kali keempat.

Pada minit ke-42, Devohn Noronha Texeira sekali lagi mencuri tumpuan dengan gol kedua buat Kanada untuk merapatkan kembali defisit jaringan kepada 4-2 sebelum suku ketiga berakhir.

Pasukan negara tidak mengalah dan akhirnya gol menerusi pukulan sudut penalti berjaya diraih menerusi penyudah cantik daripada Syed Syafiq Syed Cholan pada minit ke-48.

Seminit kemudian, penyerang sensasi negara, Faizal Saari melengkapkan kemenangan bergaya pasukan Malaysia menrusi jaringan padang yang menceriakan penonton yang hadir ke Stadium Sultan Azlan Shah, Ipoh.

Perlawanan tamat, Kanada 2-6 Malaysia.

Aksi seterusnya menyaksikan anak didik Sarjit Singh bakal berhadapan dengan New Zealand pada Selasa, 7 Mei jam 8.30 malam.