Ads
Sultan Azlan Shah Cup: Malaysia Leburkan Tentangan Sengit Korea Selatan
UltraSukan
Malaysia HC

Skuad hoki Malaysia kembali melakar kemenangan dalam saingan Sultan Azlan Shah Cup 2024 apabila menewaskan Korea Selatan.

Advertisements

Perlawanan hari ini amat penting buat The Speedy Tigers kerana ini bukan saja peluang buat skuad negara selepas ditewaskan Jepun.

Advertisements

Malah, ini peluang buat skuad hoki senior Malaysia membalas dendam kekalahan 4-3 kepada Korea Selatan dalam temasya Sukan Asia 2023 di Hangzhou, China.

Advertisements
Advertisements

Korea Selatan memulakan perlawanan dengan corak permainan pantas dengan tujuan memberi tekanan kepada barisan pertahanan Malaysia diketuai Marhan Mohd Jalil.

Malangnya, ketumpulan jentera serangan Korea Selatan mengakibatkan percubaan yang dihasilkan tidak menepati sasaran. Sebaliknya, The Speedy Tigers menceriakan Stadium Hoki Azlan Shah menerusi gol Akhimullah Anuar Esook pada minit ketujuh.

Advertisements

Tersentak, Korea Selatan berusaha mendapatkan gol penyamaan. Dan mereka hampir melakukannya menerusi Kim Sung-hyun pada minit ke-17 tetapi pukulannya mengenai bahagian tepi gawang Malaysia.

Serangan demi serangan terus diatur anak buah Min Tae-seok tetapi Malaysia memastikan keputusan 1-0 kekal sehingga rehat.

Bersambung selepas rehat, Korea Selatan terus menggandakan asakan untuk mendapatkan gol penyamaan. Malangnya, barisan pertahanan The Speedy Tigers terus menghampakan jentera serangan pasukan gergasi Asia itu.

Malaysia hampir menambah gol kedua menerusi Norsyafiq Sumantri pada minit ke-42 tetapi percubaan beliau terkena tiang.

Korea Selatan menyangka mereka mendapat penalti stroke pada minit ke-45 selepas bola didakwa terkena badan Marhan dalam situasi pukulan sudut penalti.

Walau bagaimanapun, selepas pengadil merujuk insiden tersebut kepada semakan video atas permintaan Marhan selaku kapten pasukan, keputusan tersebut dibatalkan.

Ini selepas ulang tayang video menunjukkan bola pukulan pemain Korea Selatan jelas terkena sarung tangan beliau.

Kedua-dua pasukan terus memberi saingan sengit dalam mendapatkan gol tetapi keputusan 1-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Keputusan ini menyaksikan Malaysia menamatkan kempen round robin Sultan Azlan Shah Cup 2024 di tangga ketiga di belakang Pakistan dan Jepun.

Advertisements

The Speedy Tigers bakal berentap dengan New Zealand untuk perlawanan penentuan tempat ketiga/keempat yang berlangsung esok.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram