Sumareh ‘Berguru’ Dengan Corbin-Ong

Sumareh JDT Sumareh 'Berguru' Dengan Corbin-Ong
Johor Southern Tigers
Nik Faris @nikfalovic
7:34pm 03/09/2023

Pemain sayap pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Mohamadou Sumareh kini sedang menuntut ilmu daripada rakan sepasukannya, La’vere Corbin Ong.

Bintang berusia 28 tahun itu mencuri tumpuan ramai apabila satu klip tular memperlihatkan dirinya sedang belajar cara-cara memandu motosikal.

Tumpuan terarah kepada usaha gigih Corbin Ong bagi membantu Sumareh memandu motor tersebut sekaligus memberi gambaran bahawa ini kali pertama pemain tersebut menunggangnya.

Pertahanan kiri Harimau Selatan itu menunjukkan langkah kepada Sumareh sebelum akhirnya beliau cuba untuk menunggangnya sendirian.

Sumareh akhirnya berjaya melakukan satu pusingan di kawasan tempat letak kenderaan pusat latihan di JDT sebelum terpaksa memijta pertolongan daripada Corbin untuk menghentikan motor tersebut.

Gelagat dua pemain ini mencuri tumpuan para peminat bola sepak tanah air yang tidak terlepas mengenai perkembangan pemain kegemaran mereka.

Sumareh kini giat menjalani latihan bersama JDT sementara Corbin memperkuat pasukan bimbingan Kim Pan-gon ke China bagi menghadapi dua aksi persahabatan.

Video: Sumareh belajar memandu