“Syafiq Ahmad Antara Pemain Tempatan Paling Hebat Saya Pernah Lihat” – Fergus Tierney
Liga Super
Johor Southern Tigers
Advertisements

Penyerang muda Johor Darul Ta’zim (JDT), Fergus Tierney memberitahu bahawa peledak kebangsaan, Syafiq Ahmad antara pemain tempatan paling hebat yang pernah disaksikannya.

Pemain skuad b-23 negara itu kali terakhir membawa negara pada aksi persahabataan di China tempoh hari.

Menerusi satu temu bual bersama Bola Itu Life, pemain berusia 22 tahun itu diuji dengan kedudukan pemain handalan JDT secara rawak.

Advertisements

Beliau telah meletakkan pemain muda JDT, Arif Aiman Hanapi sebagai bintang utama yang menghuni tangga pertama disusuli oleh penyerang Itali, Fernando Forestieri.

Pemilihan yang cukup sukar itu menyaksikan Syafiq Ahmad menjadi pemain pilihan ketiganya sambil menyifatkan penyerang berusia 28 tahun itu sebagai antara pemain tempatan paling hebat.

“Beliau (Syafiq Ahmad) merupakan antara pemain tempatan paling berbakat yang pernah saya saksikan,” ujarnya kepada Astro Arena.

Advertisements

Syafiq bagaimanapun terlepas peluang untuk mewakili Harimau Malaya selepas tidak tersenarai dalam skuad 26 orang pemain yang dibawa ke Piala Asia 2023.

Beliau juga dikaitkan dengan perpindahan ke kelab lain bagi musim 2024/25 untuk mendapatkan lebih banyak minit bermain.

Fergus Tierney pula sedang berjuang untuk mengukuhkan tempat dalam skuad Juan Torres Garrido yang bakal menghadapi Piala Asia B-23 di Qatar, April ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram