Syafiq Ahmad Bawa Momentum Kedah Ke Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia

Penyerang Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Syafiq Ahmad mahu membawa prestasinya bersama pasukan itu agar menyerlah untuk Harimau Malaya.

Syafiq antara empat penyerang yang dibawa Pau Marti Vicente dalam senarai 26 pemain bagi menghadapi kempen Pestabola Merdeka 2024.

Ad

Selain penyerang berusia 29 tahun itu, duo KL City FC, Paulo Josue dan Haqimi Azim serta peledak Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Romel Morales turut tersenarai.

Ad

Meskipun menyedari persaingan sengit untuk merebut slot di bahagian serangan, Syafiq merasakan beliau mampu membantu jentera serangan skuad negara.

Ini dicapai dengan meneruskan momentum cemerlang bersama Kedah dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) untuk skuad kebangsaan.

Ad

Syafiq percaya dengan cara itu, semua pemain yang tersenarai termasuk dirinya mampu mempamerkan prestasi cemerlang buat Harimau Malaya.

Ad

“Dan saya berharap bila ada momentum di pasukan kelab, saya dapat bawa dengan baik ke pasukan kebangsaan. Untuk kita setiap pemain dapat buktikan kita boleh membantu pasukan Malaysia bermain dengan lebih baik,” katanya kepada media di Kelana Jaya.

Ad

Sejak menyertai Kedah secara pinjaman dari JDT, Syafiq telah menjaringkan dua gol daripada tujuh penampilan liga. Ini termasuk gol terpantas liga musim 2024/25 semasa menentang PDRM FC pada Mei lalu.

Malaysia bakal membuka kempen Pestabola Merdeka 2024 dengan menentang negara serantau, Filipina pada 4 September ini.