Syafiq Ahmad Dedah Perbualan Awal Dengan Nafuzi Zain
Liga Super
Kedah Darul Aman FC
Advertisements

Penyerang berbisa pasukan Kedah Darul Aman FC, Syafiq Ahmad berkongsi perbualan awal bersama ketua jurulatih, Nafuzi Zain sebelum menyertai pasukan.

Pemain berusia 28 tahun itu kembali bersama Sang Kenari bagi saingan Liga Super musim 2024/25.

Beliau menyertai skuad kendalian Nafuzi Zain secara pinjaman daripada JDT sekaligus menyaksikannya pulang ke pangkuan kelab lamanya.

Advertisements

Menerusi satu perkongsian kepada Astro Arena, Syafiq Ahmad memberitahu bahawa Nafuzi Zain sudah lama mahu mendapatkan khidmatnya sejak tiba di Kedah tahun lalu.

Hal ini menguatkan langkah untuk kembali ke Kedah dan merebut tempat dalam kesebelasan utama pasukan bagi musim baharu.

“Pasukan dan Nafuzi Zain memang mahukan saya sejak beliau ke Kedah musim lepas. Beliau (Nafuzi) ada menghubungi saya untuk membawa pulang bersama pasukan.”

Advertisements

“Itu salah satu sebab kenapa saya memilih Kedah. Saya juga melihat bahawa taktikal yang diterapkan bersesuaian dengan corak permainan saya.”

Syafiq juga berharap kepulangannya dapat membantu pasukan dan kembali merebut tempat dalam skuad Harimau Malaya.

“Saya harap suatu hari dapat kembali membantu Harimau Malaya sebah ada lagi Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027,” ujarnya kepada Astro Arena.

Advertisements

Kali terakhir Syafiq dipanggil untuk membantu negara adalah pada aksi Kelayakan Piala Asia 2023 dan menjadi watak penting pasukan.

Bagi saingan liga musim lalu, anak jati Pulau Pinang ini hanya merekodkan 65 minit permainan sungguhpun beraksi cemerlang dalam saingan Piala FA.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram