Syafiq Ahmad Kembali ‘Mengaum’ Bersama Kedah
Persahabatan
Kedah Darul Aman FC
Advertisements

Kelibat penyerang sensasi pasukan Kedah Darul Aman, Syafiq Ahmad kembali menjadi bualan ramai selepas beliau kembali membuka akaun jaringan.

Pemain berusia 28 tahun itu beraksi dalam satu perlawanan menentang Penang B-23 yang menyaksikan Sang Kenari mencatatkan kemenangan besar 4-0.

Beliau bagaimanapun mencuri tumpuan apabila berjaya merekodkan satu jaringan pada minit ke-86 dalam aksi di Stadium Sultan Abdul Halim itu.

Advertisements

Kemenjadian pemain yang dipinjamkan daripada JDT itu kembali terserlah setelah kurang mendapat minit bermain bersama skuad Harimau Selatan musim lalu.

Tiga lagi gol Kedah masing-masing dijaringkan oleh Akmal Zahir (15′), Loqman Hakim (68′) dan Rizal Ghazali (84′).

Pasukan bimbingan Nafuzi Zain juga bakal menyertai siri perlawanan di Lembah Klang pada 17 hingga 21 April 2024 melibatkan tiga lagi pasukan iaitu Terengganu, Terengganu ll dan juga Penang FC.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram