Syafiq Ahmad Kongsi Perasaan Setiap Kali Diturunkan JDT
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Kemenangan bergaya 4-1 pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menewaskan Kedah Darul Aman FC semalam turut diwarnai dengan ketajaman penyerang JDT, Syafiq Ahmad.

Syafiq berjaya meledak dua jaringan semalam manakala dua lagi jaringan JDT dijaringkan penyerang import dari Brazil, Bergson da Silva.

Persaingan untuk menjadi penyerang utama JDT sudah tentu bukan suatu tugas yang mudah ini kerana gandingan Bergson dan Fernando Forestieri sentiasa menjadi pilihan utama jurulatih.

Advertisements

Mengulas kemenangan ke atas Kedah, Syafiq bersyukur diberi peluang untuk beraksi menentang bekas kelabnya itu dan beliau menganggap ianya sesuatu yang sangat berharga.

“Saya merasa amat bersyukur kerana dapat membantu pasukan untuk meraih kemenangan hasil dua jaringan ini. Apabila ketua jurulatih bagi kita peluang, kita harus manfaatkan sebaiknya.

Advertisements

“Peluang untuk diturunkan bersama skuad JDT amat berharga, macam emas. Peluang itu kita kena buktikan yang kita layak berada dalam pasukan,” luah Syafiq.

Syafiq masih belum puas dan mahu terus meledak dalam perlawanan seterusnya menentang Sabah FC pada 15 Oktober depan sekaligus membantu JDT mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan Liga Super musim ini.

Advertisements

“Sekiranya diberi peluang sekali lagi (menentang Sabah FC), saya tekad untuk menjaringkan gol sekali gus menamatkan liga tanpa kalah,” katanya kepada Utusan.

Untuk rekod, Syafiq Ahmad merupakan pemain yang dipinjamkan ke pasukan Kedah pada awal musim. Namun tempoh pinjaman tersebut hanya bertahan sehingga pertengahan musim selepas JDT bertindak memanggil Syafiq semula.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram