Ads
Syafiq Ahmad Kongsi Rancangan Selepas Bersara
Liga Super
Kedah Darul Aman FC

Penyerang Kedah Darul Aman FC, Syafiq Ahmad telah berkongsikan rancangan beliau selepas bersara daripada arena bola sepak Malaysia.

Advertisements

Syafiq yang menyarung jersi Kedah secara pinjaman berjaya meledak gol dalam perlawanan pertama liga namun kini beliau terpaksa disisihkan buat sementara waktu akibat kecederaan hamstring.

Advertisements

“Selepas tak menjadi pemain bola sepak saya rasa duduk buat bendang dekat kampung sayalah.” ujar Syafiq dalam program 5 Minit Bersama.

Advertisements
Advertisements

Penyerang berusia 29 tahun itu turut berkongsikan aktiviti kegemarannya pada waktu lapang serta gerangan pemain bola sepak yang menjadi inspirasi sejak kecil.

“Hobi saya adalah bermain PS5 dan untuk hobi bahagian outdoor, semua aktiviti yang lasak memang saya berminat untuk buat.

Advertisements

“Saya bukan mengidolakan sesiapa cuma saya berminat tengok seseorang pemain itu bermain. Contohnya Cristiano Ronaldo dari segi keinginan dia untuk melakukan sesuatu.

“Sebagai seorang penyerang terlalu ramai yang saya boleh pelajari seperti Filippo Inzaghi, Ruud Van Nistelrooy dan Van Persie serta Aidil Zafuan.

“Saya pernah ada poster Aidil Zafuan sewaktu saya berumur 13 tahun dan seorang lagi idola adalah Baddrol Bakhtiar.” tambahnya.

Advertisements

Syafiq Ahmad terlepas aksi pusingan 16 Piala FA tempoh hari antara Kedah melawan Bukit Tambun dan beliau turut digantikan oleh Zhafri Yahya untuk panggilan kebangsaan Malaysia menentang Kyrgyzstan dan Chinese Taipei yang lalu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram