Liga Super
Johor Southern Tigers/ Daniel Aiman
Advertisements

Penyerang pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Syafiq Ahmad masih tidak kelihatan dalam sesi latihan pasukan bagi musim baru.

Pemain berusia 28 tahun itu merupakan watak penting buat pasukan sejak beberapa musim namun berdepan cabaran hebat untuk mendapatkan tempat.

Beliau sebelum ini telah dipinjamkan ke Kedah Darul Aman FC pada awal musim namun hanya bertahan setengah jalan.

Advertisements

Menerusi sesi latihan yang dikongsikan oleh laman Johor Southern Tigers, kesemua pemain yang beraksi buat skuad kebangsaan telah pun kembali menjalani latihan bersama pasukan.

Terdapat beberapa pemain yang dikhabarkan bakal dipinjamkan ke kelab lain namun kekal menjalani latihan bersama pasukan seperti Oscar Arribas.

Kelibat Syafiq Ahmad bagaimanapun masih belum kelihatan sungguhpun tiada sebarang pengumuman rasmi daripada kelab lain untuk mendapatkan khidmatnya.

Advertisements

Perkembangan terbaru menyaksikan beliau beraksi dalam satu perlawanan bersama-sama pemain Kedah Darul Aman, Ariff Farhan namun perlawanan itu hanyalah sebagai aksi bukan profesional.

28FEDFCA 93A0 4455 873B 090A91157DE1 Syafiq Ahmad Masih Belum Berlatih Bersama JDT

Kali terakhir Syafiq beraksi adalah dalam perlawanan menentang Penang dalam Piala FA 2023 ketika menang 5-0.

Beliau hanya beraksi sebanyak 65 minit namun tidak merekodkan sebarang jaringan.

Advertisements

Sebelum ini, terdapat ura-ura yang mengaitkan beliau kembali ke Kedah Darul Aman dengan beberapa pasukan lain turut menunjukkan minat.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram