Syahir Bashah Pamer Bisa Sebenar Bersama Selangor
Persahabatan
Selangor FC
Advertisements

Pemain sayap Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23), Syahir Bashah menunjukkan bisa sebenarnya bersama Selangor FC malam ini.

Syahir yang masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-71 mencipta nama sebagai penjaring dalam aksi kedua Selangor Asia Challenge (SAC) 2024 menentang Young Elephants.

Pemain berusia 22 tahun itu pantas merebut bola muntah yang terhasil daripada sepakan kencang rakan sepasukan, Alex Agyarkwa yang terkena tiang.

Advertisements

Syahir kemudiannya melepaskan rembatan melepasi penjaga gol The Elephants, Anoulak Vilaphonh pada minit ke-74.

Itu sudah cukup memastikan Selangor muncul juara SAC 2024 selepas merekodkan kemenangan besar 4-0 ke atas Young Elephants.

Advertisements

Selain Syahir, Alvin Fortes, Safuwan Baharudin dan pemain sayap kebangsaan, Faisal Halim turut menyumbang gol buat Merah Kuning.

Gol tersebut amat bermakna kepada beliau selepas sebelum ini hampa tidak dapat membantu Malaysia layak ke suku akhir Piala Asia B-23 2024. Malaysia menamatkan kempen Kumpulan D dengan tiga kekalahan dan satu gol.

Advertisements

Jurulatih Selangor, Nidzam Jamil percaya pengalaman daripada kejohanan tersebut mampu menjadikan pemain-pemain B-23 pasukan itu termasuk Syahir lebih matang selepas ini.

“Jadi, apa saja kemajuan pengalaman yang mereka timba itu saya fikir saya gembira untuk mereka.

Advertisements

“Saya fikir semua orang mahu jadikan pengalaman di Qatar itu untuk menjadikan mereka lebih matang dan lebih profesional dalam cara berfikir,” katanya dalam sidang media pasca-perlawanan menentang Duli Pengiran Muda Mahkota FC (DPMM FC) baru-baru ini.

Syahir merekodkan enam penampilan bersama Merah Kuning pada musim 2023 berdasarkan data Transfermarkt.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram