Syahmi Safari Rungkai Pemain Mentaliti Juara Di JDT
Liga Super
MakanBola
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pemain pertahanan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Syahmi Safari melihat semua pemain pasukan itu memiliki mentaliti juara.

Perkara ini dinyatakan beliau apabila ditanya tentang ciri pemain bola sepak ulung pilihannya di platform media sosial Johor Southern Tigers semalam.

Advertisements

Pemain berusia 26 tahun itu melihat semua pemain dalam pasukan terutama bintang-bintang import memiliki mentaliti kemenangan di atas padang.

Mentaliti ini mendorong pasukan yang diberi jolokan Harimau Selatan itu untuk berjuang habis-habisan sehingga tamat 90 minit perlawanan.

Advertisements

Salah seorang pemain yang dilihat menonjol dari segi mentaliti ialah Fernando Forestieri. Syahmi kagum melihat kesanggupan bekas bintang Watford itu mengejar bola sehingga ke bawah apabila pasukan kehilangan bola.

“Kalau ikutkan semua (pemain JDT) ada mentaliti (juara) yang sama. Tapi (yang nampak menonjol), saya pilih Fernando Forestieri.

Advertisements

“Kadang-kadang bila kita hilang bola, walaupun dia seorang penyerang, dia akan kejar balik sampai ke bawah. Jadi, orang cakap kita boleh nampak sampai minit terakhir pun, dia akan berlawan dan berlari gila-gila untuk menang,” katanya.

JDT kini mengatur persiapan untuk aksi pusingan 16 pasukan terbaik Piala FA 2024 menentang Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) pada 15 Jun ini. Pemenang perlawanan bakal bersemuka dengan Malaysia University di peringkat suku akhir.

Advertisements

Pasukan Liga A1 Semi Pro itu berjaya mara selepas mengejutkan PDRM FC 3-0 di Stadium Selayang semalam.

News Comments Account