Syamer Kutty Pulang Ke Utara, Sertai Penang FC
Transfer
Penang FC
Advertisements

Pemain tengah kebangsaan, Syamer Kutty Abba akan kembali menyarung jersi Penang FC dalam saingan Liga Malaysia 2024-2025.

Pengumuman ini dibuat menerusi satu hantaran di media sosial rasmi pasukan Penang FC dengan satu poster pemain tengah berusia 27 tahun itu menyarung jersi kelab tersebut.

Anak jati Pulau Pinang ini menyertai pasukan utara tanah air secara pinjaman selama satu musim daripada juara Liga Super 2023, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Advertisements

Syamer Kutty yang kembali dari kecederaan pada musim lalu hanya melakukan 14 penampilan bersama skuad Harimau Selatan sepanjang musim 2023 ini dengan 8 daripadanya dalam saingan Liga Super.

Untuk rekod, Syamer pernah bermain untuk Penang FC pada musim 2016 sebelum mengambil keputusan untuk mengembangkan karier ke selatan tanah air dengan menyertai JDT setahun kemudian.

Beliau juga merupakan tonggak yang sering mendapat panggilan ke kem kebangsaan dan baru sahaja selesai menjalani tugasan antarabangsa apabila beraksi dalam perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Oman.

Advertisements

Kelibat Syamer sudah lama diperhatikan oleh pasukan Penang bagi memperkuat bahagian tengah skuad bimbingan Akmal Rizal dan beberapa kali dilaporkan mahu merekrut kembali pemain ini.

Jaguh utara tanah air ini menamatkan musim lalu di tangga kesepuluh Liga Super di samping mara sehingga ke peringkat suku akhir Piala FA dan tersingkir di pusingan 16 dalam saingan Piala Malaysia 2023.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram