Syamer Kutty Susuli Langkah Tinggalkan JDT?
Transfer
Johor Southern Tigers
Advertisements

Perancang tengah pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Syamer Kutty Abba difahamkan bakal menyusuli langkah untuk meninggalkan pasukan.

Pemain berusia 27 tahun itu baru sahaja selesai menjalani tugasan kebangsaan apabila beraksi dalam perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Oman.

Beliau bagaimanapun menghadapi kekangan sengit apabila jarang mendapat tempat dalam kesebelasan utama Harimau Selatan.

Advertisements

Menerusi laporan wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, pemain tengah berbakat ini difahamkan akan meninggalkan JDT setelah hampir 8 tahun bersama pasukan.

Pasukan utara tanah air, Penang FC difahamkan bakal menjadi destinasi terbarunya bagi saingan musim 2024/25.

Advertisements

Syamer menyertai skuad Harimau Selatan daripada Penang FC pada tahun 2017 telah mengecapi pelbagai kejayaan termasuklah berpeluang untuk beraksi di pentas tertinggi bola sepak Asia.

Keadaan ini juga menyaksikan Syamer bakal menyusuli langkah beberapa bekas rakan sepasukan seperti Safawi Rasid dan Akhyar Rashid yang menyertai pasukan lain untuk mendapatkan lebih banyak minit bermain.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram